Image Banner

PROGRAM PERKAMPUNGAN BESTARI

PERKAMPUNGAN BESTARI

kem ini dianjurkan khas buat anak-anak Tahun 6 bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Didoakan semua anak - anak diberi kesihatan yang baik dan dapat berjuang hingga ke saat - saat akhir.
Semoga beroleh kejayaan.

Terima Kasih kepada guru-guru UPSR dan juga semua ibu bapa yang berkorban masa tenaga demi masa depan anak-anak. Semoga Allah merahmati kalian semua. Amin.

LAGI

PROGRAM KLINIK JAWI

PROGRAM KLINIK JAWI
(Anjuran Panitia jawi & Khat)
Hari ini berlangsungnya Program Klinik Jawi bagi murid - murid tahap 1 yang lemah dalam menguasai huruf jawi, suku kata dan lain2. Mereka ini dibimbing oleh Ust Hidayat.
Program ini diadakan pada jam
11. 00 pagi hingga 1. 00 petang. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat membantu murid menguasai jawi dengan baik.
#semarakjawi
#perkasajawi
#panitiajawi

LAGI

KEM BESTARI SOLAT

Pada 9 Ogos 2019, diadakan Program Kem Bestari Solat Anjuran Panitia Teras Islam.

Program ini memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perlakuan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.

Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk amali bagi memastikan murid dapat mengikut tajuk yang diberikan.

Semoga program ini dapat mengukuhkan penguasaan murid dalam menunaikan solat.

#solatfardu
#5waktu
#solattiangagama

LAGI

PROGRAM SPARKLING PERSONALITY

Pada 29 Julai berlangsungnya Program Sparkling Personality Anjuran Unit Sahsiah dan Disiplin sekolah melibatkan seluruh unit jawatankuasa sekolah.

Objektif program ini diadakan adalah :
1) memastikan murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
2) Mengamalkan budaya membaca dan mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
3) murid dapat Mengamalkan adab2 Islam.
4) memastikan kelas dalam keadaan bersih dan sentiasa mengutamakan kebersihan.

Aktiviti yang diadakan:

a. Pertandingan Traffic light (kebersihan & sahsiah disiplin)
b. (had makan/minum)
c. (berjalan, laluan koridor)
d. (pengumuman kempen Salam)
e. (jom membaca)
f. (sampah? Cari saya)
g. (doa harian, terjemahan)
h. (spotcheck pakaian)
i. (susun kasut/selipar)
j. (kereta api! Jom jalan 👧👦)
k. (zon sila senyap)

Sepanjang 2 minggu ini, program ini dapat berjalan dengan lancar dan akan diteruskan sehingga hujung tahun.

LAGI

PROGRAM EJEN AL QURAN

22 Julai 2019 berlangsungnya Program Ejen Al Quran.

Seramai 10 orang ejen dari tahap 2 dilantik untuk mengajak murid membaca surah dan terjemahan di waktu lapang.

Mereka ini juga ditugaskan menyampaikan cerita kisah Al quran, bacaan surah terjemahan dan cerita teladan kepada murid tahap 1 pada waktu rehat.

Program akan diadakan sehingga hujung tahun. InsyaAllah.

Mudah - mudahan dari program ini dapat mentarbiah murid dalam \'membudayakan pembacaan Al quran\' dengan baik.

LAGI

KEM TAHFIZ DAN TAHSIN AL-QURAN SIRI 1

Kem Tahfiz dan Tahsin Al-Quran Siri 1

Anjuran: Teras Pendidikan ABIM Perak bersama Pusat Dermaga Perak

Tarikh: 3-4 Ogos 2019

Tempat: Kem Latihan An-Nur, Pecah Batu, Terong

Disertai oleh wakil murid-murid:
- Seri Al Ummah Chemor
- SERI Al-Ummah Manjung
- SK Jelapang
- SK Simpang
- SK Matang

LAGI

PENANG INTERNATIONAL ROBOT COMPETITION (PIRC) 2019

Alhamdulillah pada 14 Julai 2019 yang lalu, 2 orang peserta dari Sekolah Rendah Islam Al Ummah Manjung berjaya merangkul Naib Johan dan tempat keempat, kedua-duanya di dalam Kategori Remote Control 1kg Sumo Robot di dalam Penang International Robot Competition (PIRC) 2019 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Sekalung ucapan tahniah kami warga Al Ummah Manjung ucapkan. Semoga kejayaan mereka menjadi pemangkin semangat buat anak anak yang lain! 🎈

LAGI

KEM IBADAH DAN SAHSIAH (KIDAS) 2019

Pada 12 - 14 Julai 2019 yang lalu, Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDAS) 1.0 telah di Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Manjung. Kem ini melibatkan sebahagian murid-murid dari tahun 4 dan 5. Antara aturcara program adalah slot khidmat masyarakat dengan kerjasama penduduk Kampung Sitiawan membersihkan tanah perkuburan, gotong membersihkan masjid dan tandas, sebelum diteruskan kepada slot pengurusan jenazah.

Semoga kerjasama dan pengorbanan dari pihak guru, ibu bapa dan murid dirahmati Allah. Yang paling penting sekali, moga-moga anak anak peserta beroleh sedikit sebanyak manfaat sepanjang program ini berlangsung.

Jumpa lagi di Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDAS) pada siri yang akan datang!

LAGI

BENGKEL MENJAWAB UPSR (BAHASA INGERIS) SIRI 2

Hari ini berlangsung Bengkel Menjawab UPSR (Bahasa Inggeris) Siri 2. Bengkel ini disampaikan oleh Puan Nor Fazila binti Hamzah, guru Bahasa Inggeris SKTLDM 1, khusus buat murid-murid Tahun 6 Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Manjung.

Pendaftaran murid tahun 1 2020/2021 dibuka sekarang. Tempat terhad. Daftar segera. Layari www.serialummahmg.edu.my untuk maklumat lanjut.

LAGI

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1440H PERINGKAT SEKOLAH

PADA 21 JUN 2019 YANG LALU, PIHAK SEKOLAH SERI AL UMMAH TELAH MENGANJURKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1440H PERINGKAT SEKOLAH. SAMBUTAN INI ADALAH BERTUJUAN BAGI MEMBERI RUANG KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH BERKONGSI KEGEMBIRAAN SUASANA HARI RAYA DISAMPING MENGERATKAN HUBUNGAN AKRAB UNTUK SEMUA DALAM MENYEMAI SIFAT KETERBUKAAN DAN PENERIMAAN.

LAGI

PROGRAM SEHARI BERSAMA PTS PUBLICATIONS

Hari ini di Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Manjung berlangsung Program Sehari Bersama PTS Publications Sdn Bhd. Program ini dilaksanakan bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan Warga Al Ummah Manjung.

LAGI

BENGKEL MENJAWAB SOALAN MATEMATIK SIRI 2

Pada 11 Jun 2019 yang lalu, telah berlangsung Bengkel Menjawab Soalan Matematik Siri 2 di Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Manjung. Bengkel ini melibatkan murid-murid tahun 6 dan disampaikan oleh guru pakar Matematik merangkap Guru Besar Sek Kebangsaan Beruas, Cikgu Shahril Othman

Alhamdulillah, seronok anak anak mengikuti bengkel ini.

LAGI

SELAMAT HARI GURU 2019

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;

Petikan di atas adalah sebahagian daripada bait-bait dalam puisi A.Samad Said, sasterawan negara pada 1988 yang bertajuk ‘Obor hemah’. Begitulah semangat tema Hari Guru Kebangsaan yang diangkat pada tahun ini; “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Dalam puisi ini, Pak Samad menukilkan kepentingan tugas hakiki keguruan adalah untuk menyemai rasa cinta terhadap ilmu yang akhirnya mencerminkan hikmah dalam kehidupan setiap anak bangsa. Kehidupan yang dimaksudkan tersebut sudah tentunya kehidupan yang bermanfaat kepada kemenjadian seluruh bangsa itu sendiri.

Dalam manhaj pendidikan yang diajar baginda Rasulullah SAW, aspek dan prinsip pendidikan nilai adalah menjadi keutamaan. Prinsipnya adalah pembentukan akhlak yang terbaik. Ini dapat disokong dalam beberapa hadis yang mengukuhkan bahawa pembentukan budi pekerti itu adalah tujuan nabi diutuskan.

Dalam usaha mengangkat semula pendidikan hikmah dalam amalan pembelajaran dan pengalaman persekolahan, beberapa istilah yang seerti seperti Pendidikan Karakter, Pendidikan Moral dan Budi Pekerti, Pendidikan Sosial dan Emosional, dan sebagainya perlu diketengahkan dan diarusperdanakan.

Dalam Al-Baqarah, ayat 129 “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (kebijaksanaan) dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”, dan daripada ayat ini juga menjelaskan tugas baginda sebagai seorang guru.

Jelas sekali, dalam pendidikan ummatik, bagi mengangkat suatu jiwa dan bangsa, memerlukan kekuatan guru bagi menghadamkan inti utama pendidikan itu sendiri, iaitu hikmah, yang merupakan kunci kepada pemberdayaan, dan kunci kepada keunggulan. Justeru, menjadikan pendidikan sebagai agenda utama negara, dan agenda utama organisasi dakwah seperti ABIM merupakan suatu yang terus relevan dalam menjayakan pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara.

Selamat Hari Guru
#TerimaKasihCikgu

Radin Muhd Imaduddin bin Radin Abdul Halim
Pengerusi
Yayasan Takmir Pendidikan
16 Mei 2019

LAGI

PROGRAM TADARUS AL QURAN SEMPENA IHYA RAMADHAN 1440H

Marhaban ya Ramadhan! 🎈

Bersempena dgn bulan Ramadhan yang mulia, bulan Ramadhan Al- Mubarak, Sekolah telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan yang diberi nama “ Ahlan Ya Ramadhan “, antara pengisian rohani sepanjang Ramadan antaranya, Program Tadarus Al-Quran.

LAGI

KEMPEN SATU KELUARGA RM50

Assalamulaikum.

Pihak ABIM Daerah Manjung - Rasmi akan mengadakan program menyantuni asnaf pada 18 Mei 2019 (Ahad). Sehubungan dengan itu, satu tabung kutipan khas telah dilancarkan.  Kutipan ini mensasarkan satu keluarga diperuntukkan RM50 barang makanan asas untuk 24 keluarga asnaf seluruh Daerah Manjung.

Jika ada tuan/puan berhajat menyumbang, serahan boleh dibuat di pejabat Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Manjung, atau secara bank transfer di Akaun ABIM Daerah Manjung 08059010000032 (Bank Islam) dan Whatsapp kan resit ke www.wasap.my/+601110750690

Terima kasih.

LAGI

Image News
Image News

Image Banner