Makluman
  1. JEJAK KHALIFAH 2025
  2. MAJLIS APRESIASI 2025
  3. PROGRAM MINGGU CINTA RASUL 2025
  4. SOLIDARITI PALESTINE 2025
  5. HARI KEUSAHAWANAN 2025
  6. MAJLIS IHTIFAL KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) 2025
  7. MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN 2025
  8. PROGRAM GERAK GEMPUR 2025
  9. KEM BESTARI SOLAT 2025
  10. IHTIFAL KEBANGSAAN SEKOLAH-SEKOLAH ABIM (IKSA) 2025
  11. KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2025
  12. KURSUS KEPIMPINAN BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH 2025
  13. PROGRAM USRAH 2025
  14. MAJLIS PELANCARAN PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG 2025
  15. PROGRAM HARI RAYA 2025
  16. PROGRAM INFAQ RAMADAN & BAKUL AIDILFITRI 2025
  17. WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN SEKOLAH 2025
  18. PROGRAM USRAH 2025
  19. PROGRAM SEKOLAHKU SAKINAH 2025
  20. PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA 2024
  21. HARAPAN GEN ALPHA KURSUS KEPIMPINAN MURID 2024
  22. SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1446H
  23. KLINIK AL-QURAN DAN SAHABAT AL-QURAN 2024
  24. JEJAK KHALIFAH MEMBENTUK KARAMAH INSANIYYAH 2024
  25. SAMBUTAN HARI GURU 2024
  26. MAJLIS APRESIASI SEKOLAH 2024
  27. MAJLIS IHTIFAL SUKAN SEKOLAH ABIM KEBANGSAAN (MISSAK) 2024
  28. HARI KEUSAHAWANAN 2024
  29. PROGRAM KEM IBADAH DAN SAHSIAH 2024
  30. FUN KIDZ RUN 2024
  31. MAJLIS IHTIFAL KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) KAWASAN 7 DAERAH MANJUNG 2024
  32. SUMBANGAN SINAR RAMADHAN 2024
  33. MAJLIS IFTAR RAMADHAN 2024/1445H
  34. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SERI AL-UMMAH MANJUNG 2024
  35. KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 BAGI TAHAP SATU 2024
  36. PROGRAM PERKAMPUNGAN BESTARI
  37. PROGRAM SPARKLING PERSONALITY
  38. PROGRAM KLINIK JAWI
  39. KEM BESTARI SOLAT
  40. KEM BESTARI SOLAT
  41. PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR ANTARA MURID DAN GURU LELAKI
  42. PROGRAM TADARUS AL QURAN BUAT MURID-MURID DAN GURU
  43. PROGRAM CERAMAH MOTIVASI
  44. TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR KERTAS BAHASA INGGERIS
  45. PROGRAM QIAMULLAIL SERI AL UMMAH MANJUNG
  46. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK AGROTOURISM RESORT (PATRO)
  47. PERLAWANAN BOLA TAMPAR DAN BOLA JARING SEMPENA TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2019
  48. PERLAWANAN FUTSAL DAN BADMINTON SEMPENA TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2019
  49. PERTANDINGAN ACARA SUKANEKA SEMPENA TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2019
  50. TEMASYA SUKAN SERI AL UMMAH MANJUNG 2019
  51. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
  52. KEMPEN SATU KELUARGA RM50
  53. PROGRAM TADARUS AL QURAN SEMPENA IHYA RAMADHAN 1440H
  54. SELAMAT HARI GURU 2019
  55. BENGKEL MENJAWAB SOALAN MATEMATIK SIRI 2
  56. PROGRAM SEHARI BERSAMA PTS PUBLICATIONS
  57. BENGKEL MENJAWAB UPSR (BAHASA INGERIS) SIRI 2
  58. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1440H PERINGKAT SEKOLAH
  59. PENANG INTERNATIONAL ROBOT COMPETITION (PIRC) 2019
  60. KEM IBADAH DAN SAHSIAH (KIDAS) 2019
  61. KEM TAHFIZ DAN TAHSIN AL-QURAN SIRI 1
  62. PROGRAM EJEN AL QURAN
Image Banner

JEJAK KHALIFAH 2025

Program ini telah diadakan pada 4 September 2025 bagi memberi pengalaman praktikal kepada murid dalam bidang perniagaan. Selain jualan pelbagai makanan dan minuman yang dijalankan oleh murid sendiri, terdapat juga petting zoo yang mempamerkan pelbagai haiwan untuk menarik minat murid dan warga sekolah. Program ini membantu murid memahami asas perniagaan, perkhidmatan pelanggan serta pengurusan kewangan asas melalui aktiviti berniaga secara langsung.

LAGI

MAJLIS APRESIASI 2025

Pada 18 Disember 2025, Majlis Apresiasi telah dijalankan bagi meraikan kejayaan murid-murid dalam semua aspek pembelajaran termasuk akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang tahun. Majlis ini juga diadakan untuk menghargai komitmen murid dalam pelbagai program dan memberi penghormatan kepada pencapaian mereka sebagai motivasi untuk terus berjaya.

LAGI

PROGRAM MINGGU CINTA RASUL 2025

Pada 24 November 2025, sekolah telah menganjurkan Program Minggu Cinta Rasul yang menampilkan ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan di surau sekolah. Terdapat juga pertandingan pentas kisah mulia yang memberi peluang kepada murid untuk menzahirkan penghormatan dan cinta mereka kepada Nabi Muhammad SAW melalui persembahan kreatif.

LAGI

SOLIDARITI PALESTINE 2025

Program ini diadakan pada 16 Oktober 2025 di sekolah dengan mengadakan rakaman video peduli kemanusiaan untuk rakyat Palestine. Murid-murid yang berminat diberi ruang membuat video sebagai tanda sokongan untuk saudara di Palestine. Satu ruangan khas juga diwujudkan untuk warga sekolah menandatangani sebagai simbol solidariti dan keprihatinan terhadap perjuangan rakyat Palestine.

LAGI

HARI KEUSAHAWANAN 2025

Program ini telah diadakan pada 4 September 2025 bagi memberi pengalaman praktikal kepada murid dalam bidang perniagaan. Selain jualan pelbagai makanan dan minuman yang dijalankan oleh murid sendiri, terdapat juga petting zoo yang mempamerkan pelbagai haiwan untuk menarik minat murid dan warga sekolah. Program ini membantu murid memahami asas perniagaan, perkhidmatan pelanggan serta pengurusan kewangan asas melalui aktiviti berniaga secara langsung.

LAGI

MAJLIS IHTIFAL KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) 2025

Tahniah juga kepada murid-murid yang telah dinobatkan sebagai pemenang, antaranya Adra Safiyyah binti Haniif yang berjaya meraih Johan dalam Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran Peringkat Zon 3 Negeri Perak 2025 dan Syaidatul Zahra binti Zulhani sebagai Johan Penulisan Jawi Peringkat Daerah Manjung 2025. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan keluarga dan sekolah, tetapi juga menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian yang gemilang di masa hadapan.

LAGI

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN 2025

Program ini diadakan pada 29 September 2025, memberi peluang kepada murid untuk memakai kostum kemerdekaan yang mencerminkan semangat patriotik dan kecintaan terhadap negara. Program ini juga menekankan pentingnya menghargai sejarah perjuangan negara menerusi kreativiti pakaian kostum dan persembahan yang berkaitan semangat nasionalisme.

LAGI

PROGRAM GERAK GEMPUR 2025

Program Gerak Gempur telah dirancang khusus untuk murid tahun 5 dan tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPKK dan SRAI. Program ini mengandungi sesi ulang kaji intensif, strategi pembelajaran, dan teori penting untuk memastikan murid bersedia dari segi akademik sebelum menghadapi peperiksaan. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan, pengurusan masa yang efektif dan latihan latih tubi yang membantu meningkatkan keyakinan diri dan penguasaan topik-topik utama peperiksaan.

LAGI

KEM BESTARI SOLAT 2025

Kem ini dilaksanakan dengan fokus untuk memastikan murid-murid dapat melaksanakan wuduk dan solat secara sempurna, yang merupakan asas fardu ain dan tanggungjawab setiap muslim. Aktiviti kem termasuk pembelajaran teknik wuduk yang betul, cara solat yang sah dan pembelajaran disiplin ibadah harian bagi memperkukuh kefahaman agama dalam kehidupan murid.

LAGI

IHTIFAL KEBANGSAAN SEKOLAH-SEKOLAH ABIM (IKSA) 2025

IKSA merupakan majlis tahunan yang menghimpunkan sekolah-sekolah di bawah kelolaan Takmir Pendidikan ABIM (TPA) untuk pertandingan akademik, sahsiah, dan keagamaan. IKSA 2025 diadakan pada 22 hingga 25 Ogos 2025 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan, melibatkan lebih 20 buah sekolah. Segala usaha gigih dan komitmen tinggi yang ditampilkan oleh para murid dalam setiap pertandingan amat dihargai dan semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi untuk kalian mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang di masa hadapan.

LAGI

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2025

Kejohanan sukan tahunan diadakan pada 2 Ogos 2025 dan disertai oleh semua murid dengan penyertaan aktif daripada ibu bapa yang dijemput bagi meraikan hari sukan tersebut. Program ini melibatkan peraduan antara rumah sukan iaitu rumah merah, biru, hijau dan kuning. Kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal, membentuk semangat kerjasama pasukan serta memupuk persaingan sihat di kalangan murid.

LAGI

KURSUS KEPIMPINAN BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH 2025

Kursus ini telah dijalankan pada 21 Jun 2025 dengan penglibatan murid-murid yang memegang jawatan seperti ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Objektif kursus ini adalah melatih murid untuk menjadi pemimpin yang berkeyakinan dan kompeten dalam aspek pengurusan unit masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ice breaking, latihan dalam kumpulan serta modul pemupukan kepimpinan praktikal yang berfokus kepada kemahiran berpasukan dan komunikasi efektif.

LAGI

PROGRAM USRAH 2025

Sambutan Hari Guru merupakan program tahunan sekolah yang diadakan pada 16 Mei 2025 dengan slogan “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”. Program ini bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru yang berdedikasi dalam mendidik murid serta mengeratkan silaturahim di kalangan warga sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sukaneka guru, pertukaran hadiah dan majlis minum petang bagi menghargai sumbangan mereka kepada perkembangan pendidikan di sekolah.

LAGI

MAJLIS PELANCARAN PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG 2025

Majlis pelancaran ini telah diadakan pada 5 Mei 2025, di mana murid-murid sekolah dibenarkan memakai lencana Jalur Gemilang pada uniform sekolah mereka. Program ini bertujuan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai sejarah, makna dan identiti Jalur Gemilang sebagai simbol kebanggaan negara.

LAGI

PROGRAM HARI RAYA 2025

Program ini telah dilaksanakan pada 18 April 2025, dengan aktiviti pemberian duit raya kepada semua murid sekolah, jamuan santai serta murid-murid memakai baju raya sebagai tanda sambutan Aidilfitri. Aktiviti ini bukan sahaja meraikan suasana perayaan, tetapi juga memupuk rasa hormat terhadap nilai budaya dan tradisi perayaan dalam kalangan murid serta memperkukuh hubungan antara murid dan warga sekolah.

LAGI

Image News
Image News

Image Banner